Sunday, April 20, 2008

Pengenalan Kepada JAVA

Pengenalan Kepada JAVA
Sejarah bahasa Java
Pada tahun 1991, Patrick Naughton, Mike Sheridan dan James Gosling mengasaskan projek Green. Ia terdiri dari 13 pengautrcara yang diberi tugas oleh Sun Microsystems untuk menjangka dan merancang arus pengkomputeran masa kana dating.
Pada tahun 1992, alat kawalan untuk hiburan-rumah berantaramuka pengguna skrin sentuh telah dihasilkan.Ia dinamakan StarSeven(*7).
StarSeven dibangunkan menggunakan satu bahasa baru yang diberi nama Oak. Kemudian ditukar kepada Java. Oleh kerana teknologi Java dibina untuk rangkaian, mereka berpendapat bahawa internet merupakan sasaran rangkaian yang paling sesuai untuk menggantikan industri TV kabel. Ia juga berupaya untuk memindahkan perlakuan dalam bentuk applet menerusi rangkaian.

Pelayar web (web browser) yang pertama iaitu Mosaic wujud pada tahun 1993 yang memudahkan penggunaan internet menerusi antaramukanya.

Dengan menggunakan teknologi Java, Gosling dan kumpulannya telah membangunkan suatu pelayar web yang diberi nama WebRunner. Kemudian namanya telah ditukar kepada HotJava apabila perisian ini dilancarkan pada tahun 1994.

Pada Mac 1995, kod sumber (source code) Java telah diagihkan kepada umum melalui Internet secara percuma untuk diuji. Ia diikuti dengan pelancaran Java Development Kit (JDK) pada bulan Mei 1995. Pada tahun 1999, JDK1.2 diberi nama rasminya iaitu Java 2 Software Development Kit (SDK) yang mengandungi bentuk jauh lebih baik dari JDK1.1

0 comments: