Sunday, April 20, 2008

Ciri-ciri Java

1. Ringkas (Simple)- merupakan ciri utama bahasa Java. Ia telah direkabentuk sehampir mungkin dengan C++ dari pelbagai aspek. Tujuannya supaya pengaturcara(programmer) C++ boleh berhijrah kepada Java dengan lebih mudah dan cepat. Ciri-ciri C++ yang kompleks dan sukar tidak dimasukkan.

2.Berorientasikan Objek - Java telah direkabentuk sebagai suatu bahasa berorientasikan objek daripada peringkat awal lagi. Keperluan kepada sistem yang berasaskan client/server yang teragih(distributed) adalah selari dengan prinsip pengkapsulan(encapsuilation) dan penghantaran mesej dalam paradigma berorientasikan objek. Ia menyediakan satu platform pembangunan(development) berasaskan objek yang kemas dan cekap.

3. Teragih (distributed) - Keupayaan rangkain yang terdapat pada Java adalah berkuasa dan baik serta mudah digunakan. Pustaka Java (Java Library) mempunyai kelas yang mampu bekerjasama dengan TCP/IP seperti HTTP dan FTP. Ia berupaya membuka dan mencapai objek merentasi rangkaian melalui URL (United Resource Locater) malah ia juga memudahkan penulisan skrip (code) antaramuak CGI (Common Gateway Interface) dan melalui mekanisme servlet.

4. Teguh (Robust) - Java telah direkabentuk sebagai suatu bahasa pengaturcaraan yang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Ia menyediakan kemudahan semakan masa kompil dan semakan run-time yang baik. Bentuk ini menggalakkan programmer mengamalkan kaedah programming yang reliable.

5. Selamat (Secure) - Java direkabentuk untuk persekitaran teragih (distributed environment). Dengan adanya ciri keselamatan dalam bahasa dan sistem run-timenya, ia boleh dihalang dari perkara-perkara berikut:
# melampaui timbunan run-time
# merosakkan ruang ingatan diluar ruang prosesnya
# membaca atau menulis fail tempatan (local file) apabila diarah melalui suatu pemuat(loader) yang sedar akan ciri keselamatan.

6. Architechture-natural/ Tidak bergantung kepada senibina komputer/mesin - Java tidak bergantung kepada mana-mana senibina komputer. Ini kerana compiler Java menjanakan fail objek Java yang formatnya tidak bergantung kepada komputer. Kod Java yang terkompil boleh dilaksanakan pada sebarang mesin yang mempunyai sistem run-time Java.

7. Mudah alih (portable) - Ciri mudah alih Java dikuatkan lagi dengan mengetatkan takrifan bahasa primitif. Saiz jenis data primitif dan perlakuan operator aritmetik telah ditetapkan oleh Java.
Contoh :
"saiz jenis data int adalah sama sahaja pada mesin SPARC atau mesin Intel Pentium".

8.Ditafsirkan - Fail objek yang dijanakan oleh compiler Java boleh dilaksanakan pada sebarang mesin asalkan mesin itu mempunyai pentafsir dan sistem run-time Java. Pengaturcara tidak perlu menghasilkan satu versi aturcara bagi setiap platform kerana ia boleh dilaksanakan pada mana-mana platform yang mempunyai sistem run-time.

9. Berprestasi tinggi - Apabila bytecode Java ditafsirkan oleh pentafsir Java biasa, ia diterjemahkan (pada run-time) kepada kod mesin komputer yang melaksanakan aplikasi. Prestasinya tidak boleh dikategori sebagai terbaik. Untuk membaiki keadaan ini, pengkompil JIT(Just In Time compiler) diperkenalkan. Prestasi akan meningkat kerana kod natof boleh dilaksanakan terus pada perkakasan.

10. Multithreaded(multibebenang) - Aplikasi seperti pelayar web "HotJava" selalunya melibatkan perlaksanaan pelbagai tugas/aktiviti secara serentak.

11. Dinamik - Java adalah suatu bahasa yang dinamik. Sebarang kelas Java boleh dimuatkan ke dalam pentafsir Java bila-bila masa sewaktu perlaksanaannya. Pustaka kod natif juga boleh dimuatkan secara dinamik. Dengan adanya kelas Class dalam pustaka Java, maklumat mengenai suatu kelas boleh diperolehi secara dinamik pada masa larian.

0 comments: