Sunday, April 20, 2008

Object Oriented Programming / Pengaturcaraan Berorientasikan Objek

Pengaturcaraan Berorientasikan Objek / Object Oriented Programming
• Merekabentuk atucara sebagai satu koleksi objek yang berinteraksi sesame mereka dalam melaksanakan kefungsian aturcara itu.
• Objek boleh dilihat sebagai agen yang mneyediakan beberapa perkhidmatan tertentu untuk kilennya.
• Klien objek meminta(request) suatu objek melakukan suatu perhidmatan/tugas dengan cara menghantar mesej yang bersesuaian kepadanya.

Objek
• Merupakan unsur/elemen paling penting dalam pengaturcaraan berorientasikan objek.
• Objek adalah benda yang mempunyai keadaan(state), perlakuan(behavior) dan identity.
• Contoh:
o Kereta Honda Civic Hybrid dengan nombor pendaftaran ABC 1234
o Mesin ATM di Bangunan Sun Microsystem
o Mesin jualan minuman di Restoren Resipi Bonda.

Objek mempunyai keadaan

o Setiap objek memiliki cirri tertentu yang secara kolektif mewakilkan keadaan objek itu.
o Setiap objek mempunyai nilai
o Ciri-ciri objek tersebut dikenali sebagai atribut objek.

Objek mempunyai kelakuan
• Perlakuan objek adalah tindakbalas suatu objek apabila ia menerima suatu operasi ke atasnya.
• Terdapat 2 bentuk tindakbalas iaitu:
o Mengubah keadaan objek penerima operasi
o Menghantar operasi kepada objek lain.

Objek mempunyai identity
Setiap objek mempunyai identity sendiri. Identiti suatu objek membezakan objek itu dengan semua objek yang lain.

Kaitan antara objek dengan perlakuan objek
Kedua-duanya mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Keadaan semasa suatu objek mewakilkan kesan kumulatif perlakuan objek itu.
Keadaan objek juga mempengaruhi perlakuannya.

0 comments: